Tuesday, June 29, 2010

Kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Perpustakaan UiTM 2010

Tarikh : 28 - 29 Jun 2010 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar & Pusat IT, PTAR 1
Jumlah Peserta : 51 orang

arrow Alhamdulillah Kursus ini telah selamat di anjurkan dengan jayanya. Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para Pustakawan Shah Alam & Cawangan (terpilih sahaja) bagi mempelajari lebih mendalam tentang fungsi, peranan dan penggunaan beberapa pangkalan data terpilih. Selain itu, mereka juga dapat bertemu secara langsung dengan para pembekal Pangkalan data.

arrow Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream. LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Penceramah terdiri dari pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut diberi peluang menyampaikan ceramah kursus adalah pustakawan PTAR iaitu Pn. Hani Liza Norfin, Cik Syaakirah & Cik Nik Amanina. Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & reference Librarian.

arrow Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :

1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
4. Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.
5. Membina keyakinan diri dalam membimbing pelanggan supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari .

arrow Terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua AJK, Urusetia, para peserta serta semua pihak yang telah menjayakan kursus ini.

Wednesday, June 16, 2010

Pertukaran Staf Profesional

Berkuatkuasa 1 Julai 2010 Puan Hani Liza (Serials Librarian) akan bertukar ke perpustakaan fakulti PTAR 2. Tempat beliau akan digantikan oleh Pn. Nurul Diana Jasni. (Pustakawan dari Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal, PTAR1). Pertukaran ini telah diputuskan oleh pihak Pengurusan PTAR, UiTM di dalam Mesyuarat Ketua Bahagian Bil. 02/2010 pada 8 Jun 2010 serta mengikut perkembangan staf dari masa ke semasa.

JPJPD ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan diatas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Pn. Hani Liza sepanjang 7 tahun 4 bulan beliau berkhidmat di JPJPD. Kepada Pn. Nurul Diana yang akan menyertai JPJPD bermula 1 Julai 2010 ' Selamat Bertugas' diucapkan.

Tuesday, June 8, 2010

Waktu Perkhidmatan Kaunter JPJPD

Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.45 t/hari : 2.00 ptg - 4.45 ptg
Jumaat : 9.00 pg - 12.00 t/hari : 2.45 ptg - 4.45 ptg
Sabtu / Ahad & Cuti Umum : TUTUP

Monday, June 7, 2010

Tempahan & Cadangan

  • Kakitangan Akademik/Bukan Akademik boleh membuat cadangan untuk melanggan pangkalan data dan judul baru bagi jurnal
  • Borang cadangan langganan jurnal boleh diperolehi di Jabatan Pengurusan Jurnal & Pangkalan Data PTAR, Perpustakaan Fakulti dan juga di Portal Library (Download Form) > KLIK HERE
  • Borang ini perlulah mendapat pengesahan daripada Dekan Fakulti/Ketua Bahagian masing-masing dan boleh dihantar terus kepada Ketua Bahagian Perolehan Jurnal & Pangkalan Data

Friday, June 4, 2010

Peraturan Penggunaan Jurnal

  • Jurnal hanya boleh dirujuk di Jabatan Pengurusan Jurnal & Pangkalan Data sahaja.
  • Pelajar tidak dibenarkan meminjam atau membawa keluar jurnal daripada perpustakaan.
  • Salinan fotostat boleh dibuat di dalam perpustakaan sahaja.
  • Kakitangan Akademik/Bukan Akademik boleh meminjam jurnal terkini dan berjilid sebanyak 4 naskhah selama 4 hari sahaja dengan mengisi borang dan buku rekod pinjaman yang disediakan, serta hendaklah membuat pembayaran jika hilang.
  • Jurnal yang terdapat di dalam pangkalan data dalam taliantidak akan dilanggan dalam bentuk bercetak. Pengguna boleh menyemak menggunakan OPAC menerusi fungdi ISBD untuk mengetahui judul yang terdapat di dalam pangkalan data.

Thursday, June 3, 2010

Perkhidmatan JPJPD

  • Jurnal Di Rak Terbuka
Jurnal yang baru diterima boleh didapati di rak-rak terbuka yang disusun mengikut abjad.
  • Jurnal Berjilid
Jurnal kebelakangan yang telah dijilid diletakkan di rak terbuka dan ianya disusun mengikut nombor kelas.
  • Pangkalan Data Dalam Talian
Pangkalan data elektronok ini menyediakan maklumat dalam bentuk indeks dan abstrak atau imej/teks penuh ataupun kedua-duanya sekali.
  • Rujukan Dan Panduan
JPJPD juga menyediakan perkhidmatan rujukan dan panduan kepada pengguna mengenai bahan yang terdapat di bahagian ini, termasuklah pangkalan data dalam talian yang boleh diakses melalui Portal PTAR.

Wednesday, June 2, 2010

Contact Us :

Hubungi Kami :-

Ketua Jabatan
Timbalan Ketua Pustakawan :
Pn. Noormala Maarof
03-5544 3726
noormala564@salam.uitm.edu.my

Pustakawan Kanan :
Pn. Norliza Othman
03-5544 3728
norliza751@salam.uitm.edu.my

Pustakawan :
En. Mohd Hafiz Kasirun
03-5544 3777
hafiz9644@salam.uitm.edu.my

Pustakawan :
Pn. Nurul Diana Jasni
03-5544 3727
diana875@salam.uitm.edu.my

Pembantu Perpustakaan :
En. Baktiar Effendy Rahmat
03-5544 3795
bakhtiar981@salam.uitm.edu.my

Pembantu Perpustakaan :
En. Mohd Hazri Abdul Karim
03-5544 3780
hazri8425@salam.uitm.edu.my

Cik Reza Edwana Mohetar@Mokhtar
03-5544 3780
edwana@salam.uitm.edu.my

Updated : 1 Julai 2010

Tuesday, June 1, 2010

Info JPJPD

Bahagian Jurnal & Pangkalan Data (BJPD) bertanggungjawab melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan jurnal. Jurnal yang dilanggan terdapat dalam bentuk bercetak, CD-Rom dan juga pangkalan data dalam talian. Penempatan jurnal adalah berdasarkan kepada kursus/bidang yang ditawarkan.