Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar & Pusat IT, PTAR 1
Jumlah Peserta : 51 orang
Alhamdulillah Kursus ini telah selamat di anjurkan dengan jayanya. Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para Pustakawan Shah Alam & Cawangan (terpilih sahaja) bagi mempelajari lebih mendalam tentang fungsi, peranan dan penggunaan beberapa pangkalan data terpilih. Selain itu, mereka juga dapat bertemu secara langsung dengan para pembekal Pangkalan data.
Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream. LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Penceramah terdiri dari pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut diberi peluang menyampaikan ceramah kursus adalah pustakawan PTAR iaitu Pn. Hani Liza Norfin, Cik Syaakirah & Cik Nik Amanina. Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & reference Librarian.
Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
5. Membina keyakinan diri dalam membimbing pelanggan supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari .
Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream. LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Penceramah terdiri dari pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut diberi peluang menyampaikan ceramah kursus adalah pustakawan PTAR iaitu Pn. Hani Liza Norfin, Cik Syaakirah & Cik Nik Amanina. Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & reference Librarian.
Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
4. Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.5. Membina keyakinan diri dalam membimbing pelanggan supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari .
Terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua AJK, Urusetia, para peserta serta semua pihak yang telah menjayakan kursus ini.
No comments:
Post a Comment