Monday, June 25, 2012

Akses ke PDDT IEEE - Kembali Pulih


arrow Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan akses ke PDDT IEEE melalui EZaccess telah kembali pulih.

Mohon kerjasama pengguna perpustakaan untuk tidak menghebahkan/berkongsi ID & password EZAccess mereka kepada pihak luar bagi mengelakkan penyalahgunaan & aktiviti "illegal downloading" berlaku.

Pihak penerbit akan mengambil tindakan menyekat akses sekiranya perkara ini berulang kelak.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 21, 2012

Monday, June 18, 2012

Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012 - Zon Pantai Timur


Dimaklumkan Bahagian Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012 di Perpustakaan UiTM Dungun, Terengganu (selaku tuan rumah) pada 19-20 Jun 2012 (Selasa-Rabu).

Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu, Pahang & Kelantan (ZonPantai Timur).

Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :
1. Puan Nurul Diana Jasni
3. Encik Ahmad Faizar Jaafar
4. Puan Siti Rohayu Mohd Yusof

OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

MATLAMAT UTAMA BENGKEL :
Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan.

IMPAK BENGKEL :
a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan.
b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatansumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan pe
nyelidik UiTM

Friday, June 8, 2012

Updates : Pameran Bahagian Jun 2012

arrow Pameran Jun 2012. Pameran Dalaman Bahagian yang terletak di Aras 3, PTAR 1. Untuk makluman pameran dalaman ini akan sentiasa dikemaskini sekurang-kurangnya 3-4 kali setahun