Thursday, November 24, 2011

Makluman Akses PDDT : IEEE




1. Untuk makluman, akses ke pangkalan data IEEE melalui EZAccess (EZProxy) telah disekat oleh pihak vendor kerana telah berlakunya aktiviti 'excessive downloading' PDF files yang mana melebihi 2,700 fail dimuat-turun pada 20 Nov 2011. Oleh itu, akses kepada IEEE HANYA boleh dilakukan di dalam kampus universiti (registered IP) sahaja. Perkara ini juga telah dikesan berlaku pada 23 Mei 2011 yang lalu.

2. Akses kepada IEEE adalah terhad kepada pengguna di Shah Alam dan 4 kampus cawangan berikut sahaja :

- P. Pinang
- Kedah
- Sarawak
- Terengganu

3. ID & Password (remote access) HANYA diberikan kepada pengguna sah UiTM SAHAJA dan perlu dikawal oleh Pustakawan UiTM. Sila hubungi Pustakawan PTAR.

4. Pihak UiTM mempunyai obligasi dan tanggungjawab mengawal penggunaan pangkalan data ini melalui ikatan kontrak langganan bersama pihak IEEE yang mana termaktub dalam perjanjian tersebut bahawa sebarang penyalahgunaan perlu disiasat dan penggunanya perlu dikenalpasti dan fail-fail yang telah dimuat-turun secara berlebihan tersebut perlu dimusnahkan.

Mohon kerjasama semua Pustakawan UiTM untuk memaklumkan perkara ini kepada pengguna.

Sekian, terima kasih.


b/p: Timbalan Ketua Pustakawan JPJPD, PTAR