Untuk makluman, akses ke pangkalan data Malaysian Standards Online menggunakan ID : (Sila hubungi Pustakawan PTAR utk ID Login) HANYA boleh dilakukan di dalam IP range kampus universiti (registered IP) sahaja.
Sekiranya pengguna mengakses pangkalan data ini menggunakan broadband atau pengguna mengakses dari luar network kampus universiti, akses ke pangkalan data ini adalah GAGAL dan tidak dibenarkan.
Mohon maklum perkara ini kerana pihak UiTM adalah terikat dengan lesen perjanjian langganan bersama pihak syarikat SIRIM serta bagi mengelakkan isu penyalahgunaan id/ password, masalah systematic download dan sebagainya berlaku.
Mohon kerjasama Pustakawan UiTM untuk memaklumkan perkara ini kepada pengguna.
Terima kasih.
b/p : Timbalan Ketua Pustakawan JPJPD, PTAR 1
No comments:
Post a Comment