Tuesday, January 31, 2012

Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2012

Aktiviti : Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2012
Tarikh : 31 Jan 2012
Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang

Pemeriksa Luar Negara Nilai Penuntut PhD UiTM

SHAH ALAM, 31 Jan (Bernama) -- Penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dinilai oleh pemeriksa dari luar negara mulai tahun ini dalam usaha memastikan mereka setaraf dengan lulusan di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata langkah itu akan membolehkan lulusan PhD dari UiTM menghasilkan kajian lebih berkualiti selain diiktiraf universiti seluruh dunia.

"Sebelum ini, pemeriksa dari dalam negara sahaja, jadi dalam usaha meningkatkan kualiti akademik di UiTM kita membuat keputusan supaya hasil kajian dinilai pemeriksa dari luar negara yang pakar dalam bidang masing-masing," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru Naib Canselor 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM di sini, pada Selasa.

Sahol Hamid berkata langkah itu juga selaras dengan fokus utama UiTM tahun ini iaitu meningkatkan kualiti dalam bidang akademik, pensyarah, graduan dan program yang ditawarkan.

Beliau berkata UiTM menggalakkan penuntutnya memilih multi disiplin dalam pengajian mereka, contohnya pemegang diploma dalam fotografi melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang komunikasi dan pengajian media.

"UiTM akan meneruskan matlamatnya menjadi universiti yang melahirkan graduan kebolehpasaran iaitu mereka mampu mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian.

"Bukan bermakna kita tidak menjadi research university, tetapi fokus utama ialah untuk memastikan kebolehpasaran graduan," kata Sahol Hamid.

Pada majlis itu, Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub melancarkan buku karya Sahol Hamid bertajuk "Maxims of University Leadership" dan nama baru Pusat Penerbitan Universiti UiTM yang kini dikenali sebagai UiTM Press.

Mengenai buku tulisannya, Sahol Hamid berkata ia menceritakan pengalamannya dalam mengurus dan mentadbir dengan berkesan.

Dalam pada itu, Arshad berkata UiTM berada pada landasan betul terutama dalam usaha melahirkan graduan berkualiti selain perlu terus memainkan peranannya bagi memajukan penuntut Melayu dan Bumiputera.

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM turut melancarkan buku Transformasi Akademik UiTM (AcT 2012) bermotokan "Act On It" dalam usaha memacu kecemerlangan akademik universiti berkenaan.

SUMBER -- BERNAMA

Thursday, January 26, 2012

Lawatan Staf Perpustakaan UiTM Negeri Sembilan

arrow Aktiviti : Taklimat Bahagian kepada staf Perpustakaan Kampus Negeri Sembilan ke PTAR
Tarikh : 26 Jan 2012 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tgh hari
Tempat : Ruang Perbincangan , BJPD

Friday, January 20, 2012

Aktiviti 5S - Januari 2012

arrow Aktiviti 5S BJPD - Januari 2012 :

Tarikh : 20 Januari 2012 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Bilik 2, JPJPD
Staf Terlibat : En. Mohd Hazri, En. Sayfol Anuar, Pn. Nurul Diana & Pelajar SKP.
Aktiviti :
  • Aktiviti Gotong-royong 5S
  • Ubahsuai susun atur ruang kerja staf
  • Penyisihan kertas terpakai untuk dikitar semula sebagai kertas cetakan
  • Penyusunan majalah / jurnal berjilid di rak
  • Penyusunan fail-fail jabatan

Gambar Sebelum 1

Gambar Sebelum 2

Gambar Semasa Aktiviti 5S Sedang Berjalan

Gambar Selepas 1

Gambar Selepas 2

Gambar Selepas 3

Terima kasih Cik Amalina - Pelajar SKP Bahagian

arrow Pada 20 Januari 2012 (Jumaat) .. Seorang pelajar iaitu :- Cik Amalina yang berkhidmat di bawah Skim Khidmat Pelajar (SKP) di bahagian ini telah menamatkan perkhidmatannya kerana menyambung pengajiannya .. mewakili seluruh bahagian kami mengucapkan sekalung terima kasih dan selamat maju jaya tepuktangan

Thursday, January 19, 2012

Pictures : Online Database Training : EIU Country Data

tepuktangan Pihak JPJPD mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih di atas kesudian Tuan/Puan menghadiri sesi Online Database Training for Trainers Bil.1/2012 yang telah dianjurkan tepuktangan

Topik : Online Database Training for Trainers - EIU Country Data
Tarikh/Hari : 19 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.45 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Penceramah : Mr. Jonathan Ramirez dari Bureau Van Dijk (Singapore)
Kehadiran : Timbalan Ketua Pustakawan - Pn. Noormala Maarof , Pn. Asmah Maarof , Pustakawan PTAR, Pustakawan Fakulti & Pelajar PHD (32 orang)

Tuesday, January 17, 2012

Going LIVE : Online Training session via WEBEX : EBSCO Discovery Service: Searching Overview




Topik : EBSCO Discovery Service: Searching Overview
Tarikh/Hari : 17 Januari 2012 (SELASA)
Masa : 11.00 pagi - 12.45 tghari
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Penceramah : Miss Nicola Giles from EBSCO Publishing Australia
Kehadiran : Timbalan Ketua Pustakawan Kanan - Pn. Faridah Talib, TKP Pn. Noormala Maarof , Pn. Asmah Maarof , Pustakawan JPM, JPJPD, JPSTM & Pustakawan Fakulti (23 orang)
Objektif Latihan : Objektif latihan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pustakawan PTAR melalui sesi online LIVE training serta menyediakan pelbagai opsyen bagi meningkatkan kemahiran penggunaan pangkalan data PTAR kepada pengguna.

Monday, January 16, 2012

Jemputan Menghadiri Online Training session via WEBEX : EBSCO Discovery Service: Searching Overview



Jemputan Menghadiri Online Training session via WEBEX : EBSCO Discovery Service: Searching Overview

Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri sesi " Online Training session via WEBEX : EBSCO Discovery Service: Searching Overview " pada ketetapan berikut :

Tarikh/Hari : 17 Januari 2012 (SELASA)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pusat IT, PTAR 1
Penceramah : Miss Nicola Giles from EBSCO Publishing

Pihak JPJPD amat mengalu-alukan kehadiran Tuan/Puan ke sesi latihan ini.

Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Announcing the Thomson Reuters Web of Science Top Usage Growth Award Winners in Malaysia


Thomson Reuters Open Innovation Seminar

Thank you for your active participation in the Thomson Reuters Web of Science Top Usage Growth Awards, Web of Knowledge Discovery Quiz and Web of Knowledge webinars from 1 October to 30 November 2011 in Malaysia. We are very pleased to have a chance to work with our Web of Science customers to drive campus usage for Thomson Reuters' electronic database. We are sorry you or your users cannot all win a prize or award, but we hope all of you had a lot of fun and got to know Web of Knowledge a lot better!

We would like to congratulate the following winners* of the Thomson Reuters Web of Science Top Usage Growth Awards:

First Place Award Winner
Universiti Teknologi Malaysia

Second Place Award Winner
University of Malaya

Third Place Award Winner
Universiti Teknologi Mara


*Winners will be notified by phone and email. Please note that Thomson Reuters' decision on selection of winners is final.